Thursday, February 26, 2009

2nd day of new life

Terima kasih kepada kawan2 yg sudi meneka lobi manakah itu? dlm my last post. Hari ni dah masuk hari kedua me dah berada dlm company ni. Tp...yg kurang sikit bestnya ialah, kena masuk shift mlm!! sob sob...kena tinggal anak2 utk pertama kalinya kat rumah utk BEKERJA. bila dah kena shift mlm ni, tak tahula nak gambarkan perasaan tu camne....penat, mengantuk, dizzy..tapi yg pentingnya..ada rasa mcm impact yg AMAT besar dlm kerjaya me.
Like me yg memang tak pernah menggambarkan nak kena kerja mlm...tetiba utk first day masuk company baru dgn d very high expectation, tetiba dpt call ckp kena masuk 730PM sampai 530AM.Memang sesuatu yg amat mengejutkan dan terasa mcm maybe ni satu permulaan or petunjuk supaya kita lagi serius kat sini. Kalau boleh, malas dah nak lompat2 lagi..penat woi..nak go thru semua process nak masuk keje ni...mcm2...

Pasal keje mlm...kelam kabut mlm lipas la....carik sape nak tolong jaga budak2..sbb hubbypun keje midshift which is balik kol 11mlm.
So, yg jadi mangsanya ialah...again my youngest brother yg memang boleh harap itu. Kalaula happen dia baca blog ni...memang nak ucap terima kasih byk byk pd sharul. dia memang my lifesaver..sentiasa bersedia jadi bidan terjun kalau me ada problem.

Dan, utk harini plak...terpaksalah tinggal kat rumah babysitter dan bermlm disitu sbb by d time hubby balik rumah, dah mid night...so, mcm nak ambik budak2 tupun..mesti diorang dah tido.

Skrg ni...me sepatutnya dah nak kena tido ni...sbb mlm kang dah nak kena berjaga lagi...9 jam...utk training..utk mendengar tu...bkn nak surf net ke..main game ke..utk dengar training. Memang kritikal sungguh..lepas siap entry ni..nak tido la ni...cadangnya la...hehe.
Eventho sepatutnya nak sambung lagi cerita pasal company ni..tp nantila...panjang sgt la pulak nanti...
Cuma, kesimpulannya setakat ni...ia segah namanya...

Sebelum nak tido ni...nak cerita pasal Alani.
Recently Alani batuk...dan selsema lagi. Setiap kali abis minum susu, dia mesti muntah..mungkin sbb tekak dia gatal dan tak sedap.
So, tadi kami bawak dia gi klinik. First time dr soh pakai nabulizer, sbb kahak dia dah penuh dlm paru2...shock pun ada sbb selama ni tak pernah sampai paru2..lepas pakai nab tu, dia startla mcm nak vomit...tp, dia telan balik..biasala budak2 kan...tak reti lagi.
bila dah tak tahan tgk dia tersiksa mcm tu....me pun korekla dlm mulut dia...dan, lepas tu dia start muntah. Muntah dgn amat banyak..dan penuh dgn lendir sahaja. Lepas muntah, muntah lagi...lepas tu selsema la...lepas tu nangis...muntah....nangis...selsema...berlarutan..
Kesiannya my lil baby....tak sampai hati tgk dia....tp, tgh2 dia mcm tu...terpaksa jugak hantar kat babysitter, sbb mepun perlukan rehat kejap, sebelum masuk keje balik mlm kang.

Masa ni la rasa sedih sgt sgt...
Dimasa anak2 kita perlukan kita, kita tak bolehkan nak tunaikan tanggungjawab kita sepenuhnya...sorry Alani...ibu kena keje..sob sob sob :((

Moga2 anak2 kita dilindungi dan dirahmatiNya. ami-nnn.
dan, apa yg kita buat ni dgn niat nak carik rezeki utk anak2 kita diberkatiNya. amii-n.

Friday, February 20, 2009

Lobby??

Ini adalah gambar lobby/reception sebuah MNC company di Cyberjaya. Di lobby inilah me akan mendaftar utk dapatkan access card utk mula bekerja di syarikat ini.
Soalannya : Lobby company manakah ini?




Hopefully start dr tarikh me mula bekerja disini, me akan mendapat ketengangan yg abadi(or lama sikitla dr company sekarang). So, takdela penat asyik nakgi interview je..
(ni sendiri punya gatal la kan..sape soh asyik lompat je...)

Ganbarimasu!!

Thursday, February 19, 2009

Bengang

Recently me sangat2 sangat2 sangat2 bengang dgn boss kat sini. Cuba semua pembaca fikrikan adakah patut seorang team lead itu buat :
1-datang lambat HARI2
2-rehat lebih dr sejam almost hari2
3-lembab dan lemau.
yg ni nak eloborate sikit. me ni memang pantang betul bekerja dgn boss yg lembab. boss la espnya..kalau colleague tu tahan lagi. kan dia boss, dia sepatutnya kena la pandai, buat keje cepat dan prompted reply his/her staff feedback or do the needful immediately.
kalau dah reply pun lembab, jlnpun slow je mcm tak stabil je...rasa tak mcm ish...lembabnya....boss aku ni.
4-tak reti nak backup agent. pandai carik salah je...dan salahkan kita depan org lain.
5-tak responsible
6-selalu MC, Emergency leave
bla bla bla

the things is SHE's NOT DESERVED to become a TEAM LEAD!!
p/s : altho she's same age with me but it doesnt mean that i cant respect her...but her ethics and attitude make me sick!!

Wednesday, February 18, 2009

Basi weekend activities

Punyala malas nak update blog skrg ni. Hutang tag kawan2 ada byk ni. haiya...napela malas sgt ni. Nak carik phone yg boleh update blog terusla..so, takyahla nak carik pc nak udpate kan.

Last week, utk kesekian kalinya dpt berhujung minggu dgn hubby di rumah sendiri. Sblm nipun adala, cuma ada hal je selalu. Balik my hometown, his howetown etc. This week, we went to our favorite Sg Congkak utk mandi manda. Ni record la...paling lama berendam kat sungai dan lepak kat situ. Kami bertolak dlm kol2, sampai rumah dlm kol 7. Gambar2nya akan diupload kemudian.
And, on Sunday we went to Bagan Lalang, Sepang to mkn ikan bakar. Agak lama sungguh kami tak menikmati ikan bakar. Kami keluar rumah agak awal, tp malangnya bateri kereta KONG!! sob sob..so, kenala mintak tolong org situ utk jump bateri. Dan, oleh kerana hari tu Ahad, tiada workshop yg buka..kamipun gamble je la jln sampai Sepang yg makan masa lebih dr sejam...dan, bila sampai sana punyala konfiden mati enjin. Tup tup..takleh start! kakaka..kenala mintak org lain jump lagi....dan, yg bestnya masa mkn ikan bakar...tak mati enjinpun..hehe..

If anyone doesnt know yet, the spot already become a Bagan Lalang goldcoast. Happening habis tempat tu. Nice and cantik...worth to go. Tempat tu dah jadi mcm PD lak..siap ada gerai jual mcm2..ada byk warong..pantaipun dah upgrade..cuma mcm tak sesuai nak mandi sbb pantai payakan..so, berlumpurla. Skrg diorang siap tgh buat byk chalet tgh laut tu...wo..impressed betul me..tak sangka it was a memorable journey.

Ikan bakar...mcm biasa..BEST!! memang takleh lawan la kat mana2pun kalau nak mkn ikan bakar. Kami order ketam masam manis, udang+sotong goreng tepung, terubuk(yg BYKKK giler tulang tu..tp SEDAP sgt) bakar. Memang puas hati. Except ketam tu mcm tak berapa elok sikit..mcm berbau..but, ini memang very rare happen to this kedaila. Eh, nama kedai ni...senandung malam kot..kalau tak salah. Total kami mkn : RM40++ . tak termasuk ketam tu sbb kami komplen berbau...

Kesimpulannya-- what a weekend!! Pictures..will upload later.


Wednesday, February 11, 2009

Mcm mcm

Kami balik JB emergency minggu lepas ni. Nenek in law merangkap onyang Ako/Alani sakit jantung. Umur dia dah dekat 80 tp selama ni tak pernah sakit. Ni la baru masuk hospital. Kami balik Sabtu pagi sampai JB petang terus melawat dia. Syukur dia nampak mcm sihat je..dlm kita tak tahula kan...but, she's smiling je..

Tukar topik lak. Td ada baca dlm blog Kak lina pasal sis in law dia kena samun. Cerita pasal samun ni...skrg ni byk la jadi..
Dlm last few weeks 1 of my colleague kena samun jugak. Dia dlm perjalanan turun dr kondo dia sesorang petang..alih2 kena samun ngan beberapa lelaki mungkin Melayu berkereta. Diorang tarik rambut, pegang badan..kira mcm sungkurkan kat kereta tu la..pastu terus rampas beg...cabut. Nasib baikla tak kena apa..

Pastu, ada satu lagi kes..yg amat menakutkan pada me berlaku dlm bas RapidKL yg me dok hari2 naik tu.
Incident ni berlaku hari Ahad tengahari. Time tu my friend ni nak ke KL sentral sorang2, dan org ramai dalam bas.
Ada sekumpulan lelaki ni naik bas..pura2 mcm tak kenall each other..dok jauh2..
pastu suddenly diorang pergi kat sorang lelaki ..tutp mulut dia pakai handkechief(mcm dlm movie tu..) agaknya pakai chloroform la...sbb mamat tu mcm pening..pengsan lepas tu...
Sorang tutup mulut, dlm 2, 3 org lagi pegang badan dan terus rampas beg. Lepas tu...diroang tak terus turun. Malah...round dlm bas tu..check sorang2...kot2 ada yg mcm kaya la kot..Dah habis round, barula turun dari bas dengan amannya. Yg sedihnya TAKDE sorangpun buat apa2 dlm bas tu..biar je mamat ni..pening2...dan takdepun org nak repot polis ke...

Tgkla apa nak jadik ngan mesia ni...TAKUT dan TAK SELAMAT..

Friday, February 6, 2009

Ako first homework

ta-ra!!!----hasil kerja sekolah Ako yg pertama.Ako dah pandai menulis...even baru ikut titik2 tu, tp kira satu perkembangan la kan.hehe..puji anak sendiri je kan. kaler apple tu...dia kaler sendiri. terer oi...kaler merah kat epal, dan hijau utk daun. even terkeluar2..tp, kira acceptable la kan utk budak umur 4 thn.


alahai..cita pasal 4 thn ni...actually Ako dah 4 thn masa 2/2 haritu...tp sbb Ako demam teruk, sampai 2 kali gi klinik baru baik...tu yg tak sempat nak celebrate apa2 masa haritu. dahla my hubby pun demam..tu yg mcm langsung takde feeling nak celebrate. takpela, kira hutang ibu ngan abah la ye. kesian dia.

nak cerita satu lagi...hari tu masa kat kg masa dia tgh demam...kami ramai2..me, my parents, my sis, my adik n ipar sembang2 sambil perkena kopi n pisang goreng...Tira(my adik ipar) tulis la word 'mom' kat kertas lukisan. Masa tu budak2 tu semua(my kids n my sis's kids) tgh dok berguling2 la kat situ...tetiba, Ako dgn penuh minatnya ambik pensil tulis jugak, ikut auntie Tira..kami buat biasa jela...sbb dia memang biasa conteng2..tetiba..

'IBU, TENGOK AKO TULIS'.

kami semua tgkla...tgk2 dia tulis ni :

Dia tulis sendiri perkataan ni. (yg ni me tulisla..sbb tak ambik gambar masa tu,tp memang lebih kurang mcm ni la..hehe-buruk tak tulisan ku??kekek)

Me terus cium dia bertubi2...terernya anak ibu....terernya anak ibu....hahahhahahaha

lebih2 lak ibu dia kan....pastu terus berangan...tah2 anak aku ni genius mcm Adi Putra kot...apa nak buat ek..kalau dia genius??kakakakakak