Wednesday, September 24, 2008

Ingatan raya

Second kad raya utk tahun ni....huwaaaa....sedihnya sob sob.Tupun semua e-kad je.
Kalau zaman muda2 remaja dulu, selalu mengumpul kad raya...makin dah tua ni...raya tu lebih kegembiraan utk anak2 je...seronok tgk diroang seronok kan...
Tp, okla kan, atleast ada ingatan utk kita.

Ni kad beserta duit raya RM100 tu...huiyo..ada ke org nak kasik duit betul ni...kekek...
dpt dr Mimi . ThX a lot Mimi. Selamat hari raya juga..utk sekeluarga...

letak duit dulu...br la kad...heheh

Selamat Hari Raya semua....

dan, bersama ini juga adalah AWARD lagi dr Sadi.
Terima kasih byk Sadi sbb ingatkan blogger yg tak seberapa ini...




Barula lega dah selesaikan tugas penting ini...
(ada lagi satu hutang dr Mimi ni...hmm...)

Shopping lagi ke....

Yesterday was a Jpn hoilday and as I following their calendar, I took this chance to clear my remaining 'uncheck' items.
Actually, recently I had a thing bothering and made me to learn and made some move into it.
It still a dreaming plan and yet to reveal..and, it also made me needed to see my dear friend Malis. She just finished her master in language course and shortly to further her PhD. Huhu...
I think nowadays, to become somebody or pursuit to any direction, it a must to have atleast a MASTER.
Or else, just fight till the death..heheh....
Adored of the 'room(or door) which hanged your name onto it'...here is the example.
Bestkan...mcm professional je..(walhal keje skrg pun dikira kategori professional jugak...hehe, tp lain...)

Senyuman seorang lecturer....(ada unsur2 jeles org yg tulis ni...hehe)
Memangla tujuannya nak jumpa utk berbincang, tp berbincang sambil bershopping...hehe...dah alang2 'berdua' je...semua hero heroin tinggal, so bebas la sikit...1 item(1 tudung raya) checked! But coz tak bawak baju raya(tak siap pun lagi..), so tak tahula match ke tak...hopefully ok..
Back from UKM, straight away to KLCC..cuti mata and sempat jugak rembat dress for Alani. It was a discounted item, lucky me!

And, back from KLCC rushed to Kelana Jaya, hubby ambik and pick up our kids to pick up my sistas in law. They were here to shop for raya..semangatkan...dtg dr JB semata2 nak carik few items utk lengkapkan keperluan..hehehe....we brought them to Ikano. Shopping lagi....
And, for us...we managed to get these few dresses and leg socks(in pink stripe and white flowery in d pixs) for Alani. For Ako, will repeat after this...

6 days remaining...

Monday, September 22, 2008

Only 8 days remain to...ehem ehem

Last weekend we went to PKNS shah alam. Punyala ramai org. Almaklumla kalau nak raya dan nak cari baju melayu, kurung, etc memang sini la yg paling meriah selain dr jln TAR kan. Nakgi jln TAR, lagila tak..dengan jamnya, org ramainya, parking susah..

Sepatutnya nak cari baju melayu hubby kaler blue turqoise, songkok dan sampin ako. That's it.
Tapi, oleh kerana hubby taknak kaler itu...huhuhu...kami pun tukarla kaler tema kepada kaler purple...nasib baikla baju saya yg dah tempah tu kaler pinkish purpleish sikit...so, kira oklah.

Dan, skrg ni misi bertambah kencangla sbb nak kena carik :
1-baju melayu hubby- checked (luckily sampin hubby thn lepas kena ngan baju dia br beli tu...huhu)
2-baju melayu purple Ako
3-baju kurung purple Alani (kalau tak sempat beli dress purple la..)
4-tudung Yani (purple dan blue turqoise)
5-sampin Ako -checked
6-songkok Ako -checked
plus some tee, pants, skirts for the kids..yg beli masa sale tu tak cukup je..

Tinggal lagi 8 hari je ni...mintak2 jumpala yg berkenan dihati..

p/s : kalau sempat nak cari jugak handbag raya..
I wish I could afford this ..boleh matchkan ngan both; purple or pink.




or maybe this... boleh match dgn semua kaler...

Friday, September 19, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah, sempena bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ini...ku telah menemui profession yg baru di tempat yg baru...
selamat tinggal current company ku ini...
Bolehla beraya dengan amannnya...tp, still raya paling panjang....2 minggu!!

again, alhamdulillah....

Roti tisu ??

Ahad lepas, we went to Jusco kat rumah..punyala mcm terkejut tgk banyaknya kedai makan baru..nampak sgt dah lama tak melawat shopping mall yg terlalu dekat dengan rumah ni. Lagi suka pergi jauh2..barula thrill..hehe

Since kami tak mkn main dish utk buka lagi...kamipun mkn la nasi kandar kat D'Kayu..
Pastu, masa nak ambik seat, tgkla ada org mkn sejenis roti ni...panjang..dan nampak mcm sedap je..pastu Ako lak tanya tu roti apa...kamipun terus je la order..'bai, kasik roti mcm org sebelah tu...sambil menuding jari kat meja sebelah' dgn confidentnya...

Selepas beberapa minit....dtgla pekerjanya membawa roti yg ammaaaaat tinggi. Nah!! memang tinggi tak ingat...adala kot dlm 1 meter kot.
Diapun atur 3 pinggan panjang(pingan yg mcm daun pisang tu..) dan letak roti tu..
kami yg still terkebil2 dan terkejut tak ingat...terus tanya..roti apa ni? Tisu la...org tu cakap...hubby lak terus tanya berapa ringgit ni? 5 saje(dgn pelat2 nya tu)...Ooo...5 ek...sbb kalau tgk kepanjangannya nampak mcm 50 ringgit je...

Ni ha rotinya...nasib baik bawak kamera..kami mkn pun barula ada 1/10 dr roti tu...tp, sedapla...utk org yg suka manis..nipis je..sesuai dimkn beramai-ramai..dlm mood santai. Kalau mcm kami ni, memang satu kesilapan la order ni..kuang kuang

Thursday, September 18, 2008

Woit nak raya dah la ...

Huiyo tinggal lagi 12 hari nak raya la...Bestnya nak raya sbb :
1-first time beraya 4 org betul2 (thn lepas dlm pantang...Alani kecik sgt lagi...belum tahu tu raya)
2-raya paling lama dlm sejarah sepanjang kawen dan ada anak
3-tak sabar nak pakai baju raya yg cantik itu(pd mata saya la..hehe..poyo je)
4-tak sabar nak tgk Alani pakai baju kurung for the first time...dan harap2 masa tu dah boleh jalan...(sempat ke ni..hmm...)
5-tak sabar nak kira duit raya diroang....kekekek(thn lepas dpt dlm...RM500 utk diorang....thn ni?)

tp, sedih gak meninggalkan bulan Ramadhan yg mulia ni.. sob sob...sikit je amal ibadat ek...kalau la terkebetulan dpt jumpa Lailatul qadar..kan best...

so, korang apa yg paling tak sabar nak tunggu raya ni?
best tak raya?

Wednesday, September 17, 2008

Alani turn to 1

Sept 27th is Alani's first birthday. Kalau ikut bulan Islam, br je lepas on 15th Ramadhan hari tu.
Dah besar my daughter, mcm tak percaya je dah 1 thn. Abg Ako pun dah 3thn 7 bln. Isk..yg paling tak percayanya...dah 2 anak dan dah 4 thn lebih married..how time flies.

Maybe nak celebrate birthday Alani kat Johor masa raya. First day ke 2nd day raya kot. heeh...tak kisah bila2 sbb kali ni raya panjaaaaaaaaaaang. Tak kisah nak cuti sampai bila pun.kekek. ha...apa? Kenapa? sbbnya....rahsia la..

Pasal birthday Alani, maybe nak buat simple je kot...tgkla..itupun mcm belum sure, sbb kat rumah PIL, so takleh la nak rancang lebih2..takut diorang ada aktiviti lain. Ini pun belum bgtau...hehe..suka2 je kan.

Fasihah Alani Mohd Rezal in action...



First 5 months...


6 months later

Ni tgh mengamuk..nak grab this camera...(please ignore the mess)...

Tomei tak pakai tudung ni? mcm dah besar je kan...ni latest pix of nearly 1 year Alani

semoga Alani jadi anak solehah dan capai semua impian....ami-n

Friday, September 12, 2008

Berbuka di France*wink

ush..mcm la sempatkan nak gi France. Takpela, kat gourmet rest France pun ok la kan.
actually the tajuk of the post ciplak idea hubby. Dia takde blog membebel, tu yg nak kasik idea utk org buat diaries ni...heheh.

At first, takde niat nak mkn luarpun..tp sbb...
1-traffic jam yg sungguh dahsyat nak masuk ke bangsar
2-malas nak gi param bangsar kerap sgt dah..sbb kelmarin terjumpa ngan my uncle dok berniaga kat situ...kang, kalau lalu tempat dia, kena beli sup lagi..so, takyah gi la...(jahatnya anak sedara..hehe)
3-dah jarang mkn luar

so, kami pun pergi Sunway Pyramid jela..paling dekat ngan rumah.
Tp, takdela sempat berbuka kat sanapun..berbuka kat hentian sebelah LDP tu..sambil maghrib sekali. Berbuka pun dgn kurma n potato chips(curi Ako punya..hehe).

Sampai sana, round punya round..at last mkn kat DeliFrance. Best sbb takde org, it's maybe coz org dah balik sbb kami sampai dah kol 8. And, the food is...sedap sehingga menjilat jari!!

Kami ambik 1 set Ramadhan included of beef Arabiata Baked rice + Soup + sweet canape + free flow root beer for only RM12.90. Murahkan...kalau kira2 lagi murah bangat dr beli kat param.
Dan, kami ambik Prawn Baguette and strawbery aiskrim.

Kekadang fikir, kalau ada kesempatan boleh balik awal sikit dan jln tak jem..lagi better mkn kat luar. Dahla tentu sedap and takyah kotor pinggan kat rumah.. (fikiran org malas..hehe)
Nak kena cari lagi kat mana buffet yg best, leisure(sbb nak bawak anak yg terjerit2), murah(of course) dan berbaloi nak gi.


see the menu? only RM12.90...


These both pixs taken by Ako...
Ako: Ibu, Abah peace!!!

Penyeri hidupku....
Tinggal lagi 2 minggu lebih or lagi lebih kurang 17 Ramadhan..Kalau dulu, ckp....dah 5 hari puasa..skrg ni tinggal lagi 17 hari...opps, tinggal jugak lagi 3 hari nak birthday Alani setahun ikut kalendar Islam---15 Ramadhan----

Wednesday, September 10, 2008

About healthy

It had been a while since I last updated on any healthy issue.
Neither on myself nor general issue.

Actually untill this moment I still consume herbalife. Dah lebih 4 bulan.
Dan...my weight had lost around 5-6kg. Mcm sikit je kan..but, for me it is a big success.
I think my methabolisme is quite low, so it was difficult for me to lost even 1 kg.
Previously when I delivered Ako, I took almost 2 years to get my weight before pregnant.
But, as Alani is going to be 1 year old on this 27th, I already got my original weight..plus I am nearly to get my ideal weight. huhuhu...lagi ringan dr sebelum pregnant.

And, sbb dah rasa mcm best je badan ringan ni...my current target is 48kg. dah lupa diri lak...hehe. So, bila dpt 48kg, barula nak shopping semua baju suar dan lain-lain yg perlu.
Hm..tula masalahnya..semua suar, kain baju kurung...dah longgar..belt yg baru beli 2 mths back pun dah kena tebuk lubang baru...aiseh...(mengeluh dlm gumbira*wink)
Oleh itu, skrg ini..maintain current diet program...(takdela diet kot sbb puasa kan..), means maintain consume HL and amalkan makanan sihat dan seimbang.

All of you normally take nasi ke utk sahur ke? As for me, mkn nasik ni lagi cepat lapar, so we(me n my hubby) selalu sahur with:
1-oat(hubby)nestum(me) or kekadang masak spaghetti
2-sosej
3-half boil eggs
4-HERBALIFE (me only)
5-kurma n suppliment(wajib)
hubby selalu mknla jugak nasi kalau ada lauk lebih dr berbuka..
For me, kecuali hujung minggu kat rumah mak.. memang cuba elakkan nasi.

So, korang semua selalu sahur apa? Mkn apa yg paling rasa tak lapar?

Tuesday, September 9, 2008

Award lagi dan lagi

Award yg bersinar-sinar bergemerlapan ni dr Arni. Thx a zillion Arni..
Wah memang bak bulan purnama bersinar..kita pun patutnya bersinar mcm ni jugak masa Ramadhan ni kan..dengan amalan utk bekalan akhirat..insyaallah

Didukung oleh: Antown, Mangosteen, Sha, Jasmine, emh, Mummy HnH, Yani, your name here!!
Okay, dengan bangganya saya nak pass hadiah ni pada...

Jaja, Ninie, Yani Yusuf, Tun Fatimah, Sultan, CintaMiloAis, Kak Tirana, Ojie, Miszrlina, Shafa, Arinna, Malis, Azian, Debupapa(haritsuke shiteyo...mushishinaide..hehehe)..(ramai sgt ke ni ek)

Gimana caranya?
1. Copy gambar di atas lalu posting di blog anda
2. Lanjutkan tags ini minimal ke 5 blogger muslim yang anda kenal. Jangan lupa tinggalkan komentar pada blog mereka
3. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags
Catatan:Yang mendapatkan tags ini hanya untuk blogger muslim.


And, thx to Miszrlina for this so so beautiful award!! You are so sweet...
Best kan ada blog..boleh tukar2 kawan...tukar2 cerita, menjauhkan yg dekat, mengeratkan yg renggang...
dan, saya nak bagi award yg sungguh cantik ini pada jeng jeng...
Arnie, Kak Lina, Mimi, Jaja, Ninie, Yani Yusuf, Tun Fatimah, Sultan, CintaMiloAis, Kak Tirana, Ojie, Miszrlina(aik..terbagi balik pulak...takyah buatla..saje je), Shafa, Arinna, Rizal-restnrileks, Mangosteen, Alif Mikail, Malis, Azian, Sadi, Debupapa, Anwar Ibrahim, Chedet, Nurul Izzah..(diroang ni jenguk ke sini..)....

dan utk semua blogger yg sudi menjengah ke blog saya ni..terima kasih daun keladi...
thx again.

Award lagi


Thanks Sadi!! Dpt award lagi..bestnya!! Mcm blogger friends lain ckp..award apa tu tak penting, yg penting ingatan org tu pd kita...
So, saya nak pas award ni pada semua kawan alam cyber....

Semoga kita semua tak putus hubungan walau berada kat mana-manapun...*wink

Friday, September 5, 2008

Blog Gift

Cantik kan gift ni. Thx a zillion Sadi utk gift yg tak ternilai ni. Suka ngan blog saya yg tak seberapa ni? hehe...thx again. I also luv ur blog..esp part gambar2 lauk pauk tu..n cerita anak2..boleh buat reference bila anak2 dah besar sikit.

Okay, oleh itu...dengan proudnya saya nak bagi pulak gift yg cantik bangat ni kepada ..jeng jeng :
1-Mummy HnH(usual cust..heheh)

2-Mamalina (another usual cust..heheh)

3-Yani Yusuf

4-Kak Tirana

5-Ninie

6-CintaMiloAis

7-Shafa

8-Ojie

9-Miszrlina

10-Yanie Putrajaya

11-Jaja-sweetlife

12-Mimi-kawaiiwakaii

13-Tun Fatimah

dan...semua org yg baca blog ni...blog korang semua best!! awesome!!

Can we save while fasting?

Dah 5 hari puasa kan. Another 25 more days to go.
Almost everyday singgah ke pasar Ramadhan beli juadah berbuka. You all rasa...jimat tak bulan puasa ni? Kita rasa mcm jimat kan...sbb tak beli bfast, lunch, tea-time, rokok(esp perokokla..), tak beli kudap2 in between mkn...tp, cuba kita kira jimat tak sebenarnya.
Katakanla mkn sehari utk org bujang...malas nak cerita famili...lagi complicated kang...
bfast = RM3
lunch-nasi + air = RM6
tea-time(kalau adala) = RM2
rokok (kalau ada) = RM6
dinner = RM5
so in total RM22

okay, kalau puasa :
.
.
.
.
kat pasar ramadhan utk berbuka ngan sahur sekali..mana balance tu jadi sahur la..
ni..kita ambikla beli kat Bangsar pasar ramadhan..

1-murtabak (hampir wajib kan..) = RM2
2-nasi briyani gum(simpan nasik sikit utk sahur..hehe) = RM7 (ada yg sampai jual RM8!!)
3-kuih pelita 3 ketul = RM1
4-air asam boi = RM2
5-ayam percik(utk sahur) = RM4 (harga average..sbb ada yg jual sampai RM6 utk 1/4 ayam..giler kan..)
6-rokok = RM3 (separuh dr harga sekotak sbb hisap separuh je la kot..bln puasa...ni pun rokok murah..)
so in total RM19


GEK!! Jimat RM3 je...kuang kuang....itu belum kalau tetiba rasa nak berbuka kat restoran ke...nak kena beli lagi mkn sahur...belum lagi lepak kat kedai kopi lepas terawih...belum lagi yg berkeluarga...

Tp, kalau masak...kurangla penat..masak sekali je...maybe jimat sikit kot kan...(br add ni..thx Kak Tirana..hehe)*wink

Monday, September 1, 2008

Selamat berpuasa

Selamat menyambut Ramadhan semua!! Semoga tahun ni kita dpt tambah amalan, dapat keberkatan...


(dan, selamat juga shopping utk raya...keke)

Weekend on last day Syaban#4

And, on Sunday we woke up quite early coz my mom stayed at my house and as usual as nothing to cook(nampak sgt dapur tak berasap..), we bought bfast and also teh tarik. My mom punyala terkejut tgk I beli teh tarik..hehe...(air pun tak boleh buat sendiri ke??)The reason is as
we bought roti canai, so kalau takde teh tarik mcm tak lengkap pulak kan...
Lepas bfast,memula ingat nak pegi Jln TAR coz my mom nak beli baju utk dipakai masa my bro wedding. But, fikirkan jln mesti byk tutup sbb hari merdeka..so we all just went to SACC. Rembat 5 pasang korean washable silk(4 same design for the wedding and 1 for me) and also 4 pasang utk baju melayu lelaki color yg matched with that baju yg my mom pilih. Tp, kedekut la owner Euro Moda tu...tak kasik extra discountpun...hmm..actually adala, from RM16.50/m for the baju melayu...dia potong RM0.50..okla kan..better than nothing.

Ronda sekejap, then we headed to KL, nak pegi KLCC sbb Umair(my sis's son) sibuk nakgi ..
N, on d way, we singgah PJ mkn A&W. My dad's treat! My dad kalau pegi KL, mesti nak mkn A & W..tak surela kenapa dia suka sgt...nasib baik la I tak kenalkan Chilis ke...kalau tak, bankrup my dad nak sponsor semua...kekeke..

Then, last place was my sis friend's house. Not house actully. It's a hostel. She is a warden for a school in TTDI. sembang2....then, my mom pulak tetiba feeling like drinking coffee. (no wonderla I pun addicted, rupanya from my mom..hehe)
But, coz that time almost nak maghrib and my parents pun nak balik tintan, esok nak puasa..so, cancel jela...alamak...takleh la pegi kluang station...

p/s : Ako punyala sedih opah, Umair, semua org nak balik..monyok je...tp, kejap je sbb kami bawak pegi giant and beli all his favorites snack etc...*wink

Weekend on last day Syaban#3

On that same day we went to my aunt house. Main purpose is to visit my cousin's hubby who were seriuosly injured accident with a tank lorry. A big surprise where he is not just healthy but he was almost 70% recovered. Didn't took his pix, lagipun mcm rasa segan lak..nak ambik gambar org sakit kan...
Well, as he is healthy, and healthy enough to make jokes and told all his experiences while he is koma and at the other world, the most shock thing he said was
'Abg Sham kena gelek dengan tayar depan lori tu. dia gelek atas kepala dengan bahu..kena dada sekali. nasib baik tak kena gelek ngan tayar belakang sekali. Abg Sham rasa masa dia gelek...nasib baik la tergolek ke kanan jalan..masa tu, dah terfikir, kalau la kena tayar belakang dia sekali...'
Punyala rasional nya. Walhal the incident just happen not more than 1 mth ago.
Memang betulla, in any incident, accident, illness the most important is SPIRIT.

Ok, then after that most shocked story, we all just happen to know that day is my cousin's daughter birthday. My cousin punyala express..(dia baru teringat agaknya..) terus gi keluar, beli kek.
'Happy 2nd birthday Farhani'.
Does she looks like my daughter Alani?

Alani looks bigger dr umur dia. Farhani tu 2 thn..Alani just masuk 11 bln..besar or..tinggi kot my daughter. Maybe sbb maksud her name..Alani is a ketinggian. Btw, the woman holding Farhani is my cousin, wife to the accident's guy I mentioned above.

The express 'home made' cake.

Farhani tiup lilin while her bro Amirul watching sambil tgh tunggu turn nak kacau la tu..hehe..kids..never ending energy to play...

Weekend on last day Syaban#2

On Sat we had a wedding ceremony to attend. To be frank I'm not so sure the relations of the owner with us(teruknya ek). But, so far as I know my dad grandpa/ma and the owner auntie grandpa/ma are siblings. Hmm...quite difficult to define right...But, actually I'm quite impressed with their kekuatan tali persaudaraan. Altho it's not that too close interm of relationship, but they are so close. They will attend any ceremony that were invited, regardless any generations. If it's were in the loop(ada kaitan sedara) with any of them, without any excuses they will be there.
Kekadang tu mcm risaupun ada..nanti bila kami yg kira mcm generasi kedua ketiga ni dah tua..boleh ke kami kekalkan mcm ni? Too big responsible to think deeply...just pegi jela kan..kalau ada org jemput...barula kenal kan...

Tgh sibuk tunggu semua berkumpul nakgi kenduri...hmm...sembang mcm tak pernah jumpa lak kan...

Atok Ali with his beloved grandson...(Uwais tak tentu arah tu sbb dia tak biasa pakai kasut kot..selalu bare foot je lari2..org baru dpt motor..kata atoknya..heheh)

Abg Man and Uwais

My sis-Kak G and Ulwan, me and Kak Ida-my cousin a.k.a eldest sis jugak... Budak2 penyeri majlis...kecoh!!Hidangan tetamu-dpt mangkuk as a door gift...idea nipun bagus kan...
Alani ngan Tok Ali(my dad's brother)

Weekend on last day Syaban#1

Last week, full of activities.
My parents came on Friday night to attend my uncle's kenduri.
We all planned nakgi mkn kat Chilis memula tu, sbb dah lama sgt nakgi..tp, takde kesempatan.
Tp, sbb jln jem melampau..kami sampai rumah lambat sgt..dah kol 8 lebih, so cancel that plan terus gi rumah my uncle.
My mom sampai lambat jugak sbb tunggu my sis balik dr sekolah..
Alamak...lupa la nak transfer semua gambar dr camera. Ada satu je..ni ha...pix my cousin with Uwais...(cousin I ni single lagi..and he also happen to be a blogger!! kakka...blogger family)